Sejarah Peradaban Islam di China
20.55.00
Agama islam
telah tersebar di china selama lebih 1300 tahun. Di china terdapat sebanyak
lebih 140 juta penduduk dari 10 suku bangsa yang beragama islam termasuk etnik
Huizu, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan yang lain. Penduduk islam
tinggal secara merata di seluruh china, terutama dibagian barat laut China, termasuk profinsi Ganzu,
Qinghai, Shanxi, wilayah autonomi Xianjiang dan wilayah autonomi Ningxia. Agama islam sudah tidak asing bagi penduduk
di negara ini. Islam telah menjadi salah satu agama yang penting di China.
Agama islam dipercaya berkebang di China pada tahun 651 Masehi, yaitu pada
zaman dinasti Tang. Dinasti Tang merupakan salah satu dinasti yang paling
makmur dalam sejarah China. Pada saat itu terdapat dua jalan dari ibu negara
dinasti Tang ke negara Arab. Kedua jalan
tersebut dikenali sebagai jalur sutera, satu jalur sutera darat melalui bagian
barat China satu lagi jalur sutera laut melalui pelabuhan Guangzhou di China
selatan, berlayar melalui Asia tenggara dan akhirnya sampai ke negara
Arab.jalur sutera darat lebih makmur pada permulaan, dan akhirnya jalur sutera
laut telah menggantikan perannya.
Agama islam
pada zaman dinasti Tang masih lemah, jumlah penganutnya kebanyakan adalah para
saudagar dari Arab yang tinggal di China, dan mereka mayoritas lebih kaya dari
orang biasa. Pada zaman Wudai, China utara sering berperang dan China selatan
lebih aman, banyak penganut agama islam telah berpindah ke China selatan.
Masjid oada zaman dinasti Tang dan Wudai maasih mempunyai corak seni Arab dan
belum menerima pengaruh dari seni tradisional Chiina. Kebanyakan masjid saat
itu berada di pelabuhan atau bandar,
pusat politik dan ekonomi. Masjid Huaizheng di bandar Guangzhou yang dibina
pada dinasti Tang dianggap sebagai
masjid tertua di China. Masjid ini masih mempunyai corak seni Arab.
Pada zaman
dinasti Song, agama islam dianggap lebih mulia oleh rakyat China, agama islam
telah mula berkembang di China dan kawasan kediaman penduduk beragama islam
lebih luas. Banyak orang asing yang beragama islam tinggal dibandar Guangzhou
di provinsi Guangdong dan bandar Quangzhou diprovinsi Fujian secara
berkumpulan. Masjid pada zaman dinasti Song yang masih ada sekarang sudah tidak
banyak, yang paling terkenal ialah masjid “Qing Jing Si” di bandar Quanzhou.
Zaman dinasti Yuan merupakan zaman yang
paling penting bagi perkembangan islam di China. Agama islam berkembang paling
pesat dan paling makmur pada zaman itu dan mempunyai kedudukan yang penting,
karena kehidupan politik penganut islam bertambah pesat dan penduduk islam
China banyak mengadakan perhubungan dengan dunia Arab. Masjid dii China pada
zaman itu bertambah banyak, dan selain bercirikan seni Arab reja bentuknya
telah menerima seni dari China, banyak menggunakan kayu ynag diukir.
Masjid Huashi dibangun pada tahun 1415 pada masa pemerintahan Kaisar Yongle dari Dinasti Ming |
Pada zaman
dinasti Ming, perkembangan islam diChina menghadapi rintangan. Maharaja dinasti
Ming memandang rendah terhadap agama islam. Baginda mengeluarkan perintah untuk
melarang rakyat menyembelih lembu secara tersendiri dan beberapa dasar yang
mendeskriminasi umat islam. Termasuk orang islam tidak boleh menjadi pegawai
kerajaan.hal ini telah mencetuskan kemarahan umat islam di China dan penduduk
islam mengadakan pemberontakan di ibu kota negara. Dibagian selatan, maharaja melarang perdagangan
melalui jalur laut, semua kapal tidak dibenarkan berlayar. Dibagian utara,
maharaja secara besar – besaran memperbaiki tembok China. Hal ini telah
memutuskan komunikasi dan hubungan antara umat islam di China dan di Arab.
Sejak saat itu agama islam di China semakin hari semakin bercorak China. Tetapi
penganiayaan maharaja dan tekanan masyarakat telah mendorong pertumbuhan etnik
Huizu, yang notabenenya adalah etnik yang paling banyak beragama islam .
Perkembangan
islam pada zaman dinasti Qing mempunyai kedudukan penting dalam sejarah perkembangan
agama islam di China. Boleh dikataka pada zaman diinasti Yuan, jumlah pemeluk
islam telah meningkat secara besar – besaran, tetapi pada zaman dinasti
Qing mutu agama islam telah ditingkatkan
secara besar – besaran dan pengaruh agama islam pada masyarakat China tertambah
luas. Umat islam pada zaman dinasti Qing banyak melakukan pemberontakan, yang
terbesar 5 kali. Maharaja membenci dan memandang rendah terhadap islam,
maharaja juga takut akan islam. Di samping itu beberapa golongan penganut islam
telah ada di China.
Zaman
dinatsi Qing dan Ming merupakan abad
perkembangan dan peralihan bagi masjid di China, seni masjid secra berangsur –
angsur berubah dari seni Arab ke seni China. Tetapi corak hiasan didalam masjid masih bercorak campuran. Kebudayaan islam
mempunyai kedudukan penting dalam kebudayaan China, umat islam di China pernah
memberi sumbangan yang besar terhadap
perkembangan sains dan teknologi China. Kalender yang diciptakan umat islam
pernah digunakan di China dalam waktu
yang panjang, alat pandu arah angkasa yang dicipta seorang ahli ilmu falak yang
bernama Zamaruddin pada dinasti Yuan sangat populer di China. Ilmu matematik
yang dikembangkan dari Arab telah diterima oleh orang China. Ilmu perobatan
Arab juga menjadi sebagian dari ilmu perobatan China. Umat islam juga terkenal
dengan pembuatan meriam di China, dinasti Yuan menggunakan sejenis meriam ynag
dikenali sebagai meriam etnik Huizu yang diciptakan oleh umat islam China.
Meria itu tidak menggunakan bahan letupan, tetapi menggunakan batu sebagai
peluru dan meriam itu menjadi sangat poluler di zaman tersebut. Selain itu,
orang islam jug a terkenal dengan teknik pembinaan dan menenun.
Sejak RRC
didirika tahun 1949, agama islam telah berkembang pesat.kerajaan China
mengamalkan dasar bebas agama, todak menggalakkan rakyat untuk beragama, tetapi
semua agama yang sah dilindungi. Kerajaan juga menyediakan biaya uuntuuk
memperbaiki masjid, dan memberi dasar keutamaan bagi umat islam.misalnya
sekarang China menettapkan orang ynag mati harus dibakar, tetapi kerajaan China
menyediakan tanah yang khusus diberikan untuk orang islam yang meninggal untuk
mengkebumikan jasadnya. Anak – anak islam lebih mudah masuk sekolah dan
kerajaan islam menumbuhkan sekolah menengah ynag khusus untuk umat islam. Selain
itu, kerajaan juga mendirikan pusat islam dan rumah sakit islam. Kerajaan juga
memberi bantuan kepada masjid dan persatuan islam untuk memperbaiki bangunan
dan biaya harian. Misalnya semasa masjid Niujie yaitu masid yang tertua dan
terkenal di Beijing merayakan ulang tahun yang ke 1000, kerajaan memberi dana
sebanyak beberapa juta Yuan RMB untuk memperbaiki masjid tersebut.
MASJID Niujie memiliki pengertian Niujie artinya 'Jalan Sapi atau lembu |
Sekarang, kawasan islam di Beijing
dalam distrik Xuanwu telah dibuat seperti semula, kerajaan menyediakan rumah
yang baru kepada penduduk islam. Kawasan itu semakin hari semakin indah. Pada
masa dahulu umat islam di China tidak mampu menunaikan Haji, tetapi sekarang
banyak orang China yang beragama islam menunaikan haji dengan biaya sendiri.
Kerajaan juga menyediakan kemudahan dalam berbagai bidang.
0 komentar